
( Teori Pembelajaran dan Perkembangan)
Pengenalan
Pernahkah anda terfikir kesan pendidikan mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran? Corak pendidikan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh orang dewasa. Biasanya orang dewasa ingin memberi pendidikan yang terbaik untuk anaknya. Pendidikan yang diberikan sama ada secara formal dan tidak formal banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan budaya.
Topik-topik yang akan dibincangkan bersama anda adalah seperti berikut.
- Teori pembelajaran
- Teori psikoanalitik
- Teori kognitif
Teori pembelajaran
Teori ini memberi penekanan bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku yang dibentuk oleh unsur persekitaran. Ransangan dan gerakbalas adalah berkait rapat dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkahlaku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai. Penggunaan ganjaran, insentif dan peneguhan sebagai dorongan dalam proses pembentukan tingahlaku.
TOKOH
Teori ini diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Pavlov, Watson, Skinner, Thorndike dan Bandura. Tokoh-tokoh ini telah membina teori-teori untuk diaplikasikan dalam pembelajaran. Berdasarkan teori tersebut kita boleh mengaplikasikan prinsip teori dalam bidang prasekolah.
· Prinsip Pavlov:
Tindak balas yang diulang-ulang akan menjadi kebiasaan dan amalan.
· Prinsip Thorndike;
Mencuba berkali-kali akhirnya mencapai matlamat kejayaan yang ingini.
· Prinsip Skinner;
Pembelajaran berlaku menerusi penerokaan dan pengulangan pada titik kejayaan yang dicapai. Prinsip pembelajaran Skinner adalah lanjutan daripada prinsip pembelajaran Thorndike.
· Prinsip Bandura;
Pembelajaran berlaku menerusi peniruan.
APLIKASI TEORI DALAM TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

Pavlov
· Aplikasi Pavlov dalam situasi pengajaran dan pembelajaran;
Cikgu Radziah menggunakan lagu ‘Mari Berkemas’ untuk diperdengarkan kepada kanak-kanak sebagai isyarat tamat tempoh sesuatu aktiviti. Pada peringkat awal lagu itu diperkenalkan Cikgu Radziah memberi arahan apa yang sepatutnya dilakukan oleh murid-murid. Setelah biasa mendengar lagu yang dimainkan oleh Cikgu Radziah, mereka akan terus mengemas dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Lagu itu telah meransang dan berlakunya gerak balas yang menjadi amalan.
Hasilnya;
Guru
Ø Matlamat guru tercapai kerana dapat membentuk murid yang dapat mengamalkan tabiat berkemas secara spontan apabila mendengar lagu sebagai isyarat untuk bersedia mengikuti aktiviti seterusnya.
Murid
Ø Perubahan tingkahlaku berlaku apabila mendengar lagu. Dalam hal ini bunyi lagu menjadi ransangan.
Bunyi lagu ------------------------------------------------- Murid berkemas

Thorndike
· Aplikasi Thorndike dalam situasi pengajaran dan pembelajaran;
Cikgu Halim sedang memerhati seorang murid yang mencuba memadankan bentuk-bentuk untuk disesuaikan dengan ruang (rujuk gambar). Pada awalnya murid ini telah mencuba berbagai cara berkali-kali. Akhirnya murid itu berjaya memadankan kesemua bentuk-bentuk dengan padanan yang tepat. Cikgu Halim melihat murid itu merasa gembira dan mencuba sekali lagi. Murid itu dapat melakukannya dengan membuat beberapa kesilapan. Sekali lagi murid itu mencuba memadankan dan kali ini murid itu berjaya melakukannya dalam masa yang singkat. Perlakuan murid ini menunjukkan perlakuan yang dilakukan berulang-ulang dan menyenangkan akan dicuba sehingga berjaya.
Hasilnya:
Guru
Ø Guru dapat meningkatkan lagi kemahiran murid dari mudah ke sukar.
Murid
Ø Murid menunjukkan sikap inisiatif, tekun dan tidak berputus asa.

Skinner
· Aplikasi Skinner dalam situasi pengajaran dan pembelajaran;
Di sudut komputer seorang murid sedang meneroka perisian matematik. Terdapat berberapa ikon aktiviti matematik yang diterokai. Akhirnya dia terterkan pada satu ikon yang sesuai minatnya. Dia menguasai aktiviti yang terdapat pada ikon tersebut. Perkara ini diulang setiap kali murid itu menggunakan komputer.
Hasilnya:
Guru
Ø Guru berjaya melatih murid menggunakan perisian matematik yang untuk muridnya.
Murid
Ø Murid mahir menguasai perisian matematik menerusi penerokaan. Tumpuan diberi kepada perkara yang sesuai dengan minatnya.
Bandura
· Aplikasi Bandura dalam situasi pengajaran dan pembelajaran;
Doktor: “Awak sakit apa?”,
Pesakit: “Luka kaki kanan,”
Doktor: [ Memanggil rakannya sebagai jururawat] “Mari kita ubat.”
Doktor dan jururawat membalut kaki kiri pesakit
Pesakit: “Salah kakilah.Kaki ini”
[Sambil menunjuk dan mengangkat kaki kanan].
Mereka tertawa.
Guru tersenyum memerhati gelagat murid-mridnya yang bermain di sudut drama.
Hasilnya:
Guru:
Ø Peralatan hendaklah disediakan bersesuaian dengan pengalaman murid.
Murid:
Ø Memerhati tingkahlaku orang dewasa sebagai model untuk dicontohi.
Kesimpulan:
Pembentukan tingkahlaku dikatakan berjaya apabila murid mencapai kemahiran tertentu selepas mengulangi, mencuba, meneroka dan mencontohi menerusi teladan yang baik.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini