Hah sebut je pasal jejak kasih ni kan....nk share la ckit kt korg al kisah jejak kasih aku ni. Aisshhh bukannya jejak kasih kekasih la...yang tu hmmm tunggu si dia datang la..ni kisah jejak kasih antara 2 sahabat yang lama terpisah.Pernah berkongsi kisah suka dan duka bersama-sama tapi terpaksa berpisah atas sebab dan munasabab yang x dapat di elakkan. Sedih jugak sebenarnya melalui perpisahan ni.Dahlah kita orang memang kamceng dari zaman beringus lagi memang payah la kalau x de dia di sisi. Tapi sejak dah meningkat dewasa ni...x delah rasa macam tu sangat sekarang dah boleh berfikir dengan lebih matang. Kta orang msh lagi rapat macam dulu tapi komunikasi tu kurang la ckit berbanding dulu. Entah x tau kenapa tapi hubungan tetap terjalin erat cuma x seerat seperti sebelumnya.
Seriously memang rindu lah dia ni.Dia ni bukan je sekadar kawan tapi dah ku anggap seperti keluarga sendiri. Family kta orang pn saling kenal mengenali apa. Kalau dia ni lelaki, kompom aku suruh mak ayah ku pinang kan dia untuk aku hahaha (gilo sunggoh...macam perigi cari timba je)nasib baik la dia sama spesis aku so x de lah memalukan diri untuk pinangkan dia.hi3..Actually kta org dah plan nk berjumpa dalam masa terdakat tapi macam biasalah masalah transport yang akan menjadi penghalangnya. SusaH Jugak aku nak bergerak bila x de transport ni. Nak harapkan pakwe pulak, pakwe aku jauh d seberang laut china selatan huhu...nak guna kenderaan awam pulak x berapa nak yakin. So penyelesaiannya dok rumah and x keluar langsung. Sampai kau kawin la wani baru kita dapat berjejak kasih ni....
X pe...insyaAllah suatu hari nanti kompom kita orang boleh berjumpa...YAKIN BOLEH!!!!
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini