ni la yang aku suka sangat nak mengarang mengenai isu kekeluargaan. Pantang aku kalau kisah anak yang diabaikan oleh ibu bapa kerana sibuk bekerja. Memang la dorang bekerja untuk kebajikan anak-anak tapi janganlah diabaikan anak tu begitu sahaja. Sudahlah anak-anak masih kecil. Mak bapak dorang pulak asyik bz dengan kerjaya. Kalau dah sibuk sangat dengan kerja tu baik x payah buat anak. Dah tu sempat pulak dorang p holiday tanpa anak-anak. Anak pulak ditinggalkan di rumah mentua. Waaahhh senangnya hidup kan?asyik holiday je...baru balik dr luar negara kmudian p pulak ke sabah dan semenanjung. Duit pun x pandai nak habis.
Kesian dengan anak-anak yang kurang dapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Faktor inilah yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan juga berlakunya kes perceraian. Aiisshhh zaman sekarang ni bukannya macam dulu. Sekarang apa-apa pun boleh berlaku. Kalau dulu anak-anak diberi tunjuk ajar yang baik sekarang kalau kita bagi tunjuk ajar macam tu percuma kita d beri perkataan yang kurang ajar dan biadab. BUdak yang baru setahun jagung pun dah boleh cakap gitu. Mak aiii seriously mula-mula macam x percaya je apa yang di dengari...Rupa-rupanya si anak belajar dari pengasuh. Kan dah x elok untuk perkembangan anak-anak. Yang teruknya ibu bapa tu sendiri...Bila anak dah mula menginjak ke alam dewasa, barulah dorang mulai memahami situasi yang agak kritikal. So pandai-pandai la ibu bapa yang bekerja untuk memberikan sedikit masa bersama anak-anak. Ambil lah kesempatan untuk bermesra dengan anak dan memahami jiwa mereka. InsyaAllah........
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini