Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana program yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah berkat kegigihan dan idea yang bernas dari saudara shabarudin selaku ketua projek, projek yang julung kali diadakan ini telah mendapat pujian daripada pihak kolej serta sokongan yang padu daripada Majlis perwakiilan mahasiswa/wi kolej sidma sarawak serta ahli-ahli persatuan mahasiswa/wi islam kolej sidma sarawak. Konsert tersebut telah pun berlangsung pada malam semalam iaitu 30 Jun 2012 yang bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuching Sarawak.
Tidak dilupakan juga buat para artis yang terlibat sama dalam program tersebut (kumpulan Intrack, produksi NIAS serta kumpulan akustik STAR). Tanpa adanya mereka maka program ini tidak akan berjalan dengan jayanya. Walaupun kita berhibur sambil beramal mudah-mudahan apa yang kita dermakan dapat membantu orang Islam di Gaza.InsyaAllah....Apa-apa pun PERMAI memang the best!!Memang x sabar nak tunggu program seterusnya....heheAJK yang terlibat (Persatuan Mahasiswa/wi Islam UNIRAZAK)
persembahan dari kumpulan Intrack
Persembahan sajak tentang Gaza yang menusuk kalbu
Kumpulan Intrack dan Produksi NIAS
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini